Monday, April 27, 2009

Youth Fellowship

Pada 17/04/2009 lalu, sekali lagi Team Pelayanan Belia Paroki Labuan (TPBP) berkumpul mengadakan Youth Fellowship sempena Lent Child Exchange Gift

Setelah penat sejak awal penubuhan TPBP Labuan, ini pertama kalinya kami 10 orang berkumpul bersama-sama termasuk penaung kami sendiri Sr. Julie. Sememangnya Fellowship seperti ini amat kami perlukan untuk kami mengenali antara sesama kami terlebih dahulu sebelum kami 'keluar' untuk menginjil kepada sesama belia kami.

Tidak banyak yang boleh saya perkongsikan disini melainkan gambar-gambar yang sempat dirakam pada malam itu.....



Sempat juga meraihkan sambutan harijadi salah seorang TPBP iaitu Jonathan



Friday, April 17, 2009

I AM A YOUTH

YOUTH GET TOGETHER "I AM A YOUTH"
Calling all Youth (Teens/Working Youth/UMS/KML/Confirmation) to come for a Youth Get Together on 17MAY2009 at 12:00 noon in Church. Registration fee only at RM 5.00/person (for Lunch/Drinks).

You may register your name on the form provided at Church Notice Board or contact the following for more information ~ Jimmy (412437 / 013 8775308), Ronnie William (019 8814728), Josephine (013 5526621) or Esmone (019 8612279)

MEANING OF YOUTH LOGO

LOGO BELIA PAROKI LABUAN


Silver Blue Cross

Symbolizes the Salvation of Jesus on the cross to free the youths from the bondage of sin


Vine Around The Cross

Represents the various ages of youths who have renewed (innovatively, creatively and committed) and led by the Holy Spirits to His children.

Labuan Island

Represents a community of Christians of multi races serving our Lord Jesus with a common vision (Masyarakat majmuk yang bersatu dalam Kristus)


2 White Doves

Represents the presence of the Holy Spirit in the hearts of the youth.



Creators of Logo

Frezer Saimon, Genevieve Wong and the guide of the Holy Spirit.


Wednesday, April 8, 2009

Freedom Camp 2009

Untuk pengetahuan belia yang ada diluar sana yang berminat untuk mengikuti Freedom Camp 2009 bertemakan One Body In Christ, Lifeline College Students & Young Adults Ministry akan menganjurkan sekali lagi Freedom Camp tahun ini yang diadakan di Pace Bene, Purak, Papar pada 17hb-19hb April 2009.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" (waduh2 kata-kata pujangan dulu2 kunun) tapi perkara utama yang ingin dikatakan adalah mengenai kepentingan kesatuan di dalam kehidupan kita ketika ini. Sekali lagi Freedom Camp yang dianjurkan setiap tahun ini mengambil tema yang bersesuai iaitu "Satu Tubuh didalam Kristus" yang dipetik dari 1 Kor 12:27. Kita percaya pada tahun ini semuanya berkaitan dengan kesatuan; dengan Tuhan, dengan gereja dan juga dikalangan diri kita sendiri. Marilah kita semua mengambil keputusan untuk mengikut pelawaan Kristus pada hari ini menjadi sesuatu yang unik sebahagian dari TubuhNya!"

Apa bah tu Freedom Camp?

E ~ Excitement! melalui ice breakers dan permainan, serta mengenali ramai rakan baru
E ~ Experiencing Jesus melalui sesi pujian dan penyembahan, Bible sharing dan macam2 ada
R ~ Rescue..... menyerahkan setiap dosa dalam diri kita kepada salib Yesus.
F ~ FREEDOM!

Penceramah;
Jude Antoine berusia 42 tahun merupakan pengasas kepada Kerygma Ministry (Lay Catholic Ministry), telah menginjil ke 21 buah negara selama 12 tahun.

Bagi mereka yang memerlukan kenderaan (disekitar Kota Kinabalu saja, kalau dari Labuan, naik speed boat lah pastu naik bas atau kereta sapu....)
Ok bagi mereka yang memerlukan kenderaan ke Pace Bene, bas akan bertolak tepat pada jam 5.30 petang (ikut jam tangan c driver) dari Sacred Heart Church 17hb April 2009, jadi korang kena berkumpul di depan Dewan SHC pada jam 5.00 petang. Manakala pada 19hb April 2009 (Ahad) bas akan bertolak dari Pace Bene pada jam 4.00 petang. Jadi kalau yang lambat tu, pandai2 lah balik sendiri kio....

Dan satu lagi, korang yang mau join kena bawa alat tulis sendiri bersama Alkitab. Anda juga disarankan membawa botol air sendiri, ya lah mana tau kehausan sebab telampau FREEDOM kan... buli juga minum2 tu mineral water kan....

Bagi belia yang berminat untuk menyertai Freedom Camp 2009 ini, bolehlah berhubung terus dengan TPBP masing-masing atau c Chris di talian 0168493434, c Jocelyn di no hp 0198124279 dan last sekali c Jimmy ditalian Maxis 0128031991....


Bah kita jumpa disana kio

Syabas TPBP Labuan


Terlalu lama tidak update blog belia paroki labuan ini... mungkin kerana kesibukan dengan pekerjaan menyebabkan beberapa perkara termasuk kerja update blog ini tergendala.... Walau apa pun, saya dan team yang lain sentiasa bersama-sama bergandingan untuk memajukan belia paroki kita.

Baiklah, beberapa hari lalu iaitu pada hari Ahad lepas, kita baru sahaja merayakan Palm Sunday atau Hari Minggu Paska, sememangnya ramai yang hadir pada misa pertama pada pada jam 7.15 pagi hari itu dan begitu juga dengan misa kedua iaitu pada jam 9.15 pagi juga.

Namun apa yang ingin saya kongsikan dalam blog ini, bukan sahaja mengenai sambutan Hari Minggu Paska, tetapi kita juga turut merayakan Hari Belia Sedunia pada setiap Palm Sunday dan penglibatan besar oleh Team Pelayanan Belia Paroki (TPBP) Labuan amat saya kagumi.

Memandangkan misa kali ini di urus sendiri oleh TPBP, memang agak memeningkan kepala juga bagi yang tidak biasa melakukanya (mcm sia), namun, campur tangan Roh Kudus dalam kejayaan kali ini memang amat dirasai dan pada saya sendiri, bukan sahaja dapat merayakan Palm Sunday tetapi juga merayakan Pesta Belia Sedunia.

Perutusan Pope turut dibaca oleh paderi pada misa kedua, walaupun panjang lebar, tetapi amanat yang disampaikan begitu berguna bagi pertumbuhan iman para belia bukan sahaja di Labuan tetapi diseluruh dunia.

Tahniah dan syabas buat TPBP kerana setiap usaha dan penat lelah kita selama ini berjaya juga akhirnya.....

p/s jadi lepas ni pasti ada gathering kan.... ngehehehehe