Monday, December 14, 2009

Caroling Time.....


Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) Blessed Sacrament Labuan sekali lagi diberi tanggungjawap dalam menguruskan 70% tugasan sempena menjelangnya musim Perayaan Natal terutama dalam caroling.

Kali ini TPBP telah membuat banyak pembaharuan didalam caroling ini di Labuan walaupun cara-cara ini telah lama dipraktikkan di mana2 kawasan.

Buat julung kalinya juga, TPBP mengambil tema "Yesus Lahir Dalam Hati Belia" sebagai suatu pembaharuan di dalam pelayanan sempena krismas.

Seperti biasa Tim juga mempersiapkan pelbagai program sempena karoling terutama penyediaan "DoaUntuk Belia". Yang akan dibacakan sebagai doa penutup setiap kali selepas caroling bagi setiap rumah.

Kesemua Tim diberi tanggungjawap selama 10minit untuk meyampaikan sesi yang telah disediakan sebelum setiap latihan karoling dibuat dan kesemua sesi tersebut berjaya dijalankan. Latihan koir hanya dilakukan selama 5 hari iaitu dalam sebulan dan hanya sekali untuk setiap kumpulan iaitu 5 jam sebelum kami semua bergerak iaitu pada 06.12.2009.

Buat masa ini, terdapat 5 kumpulan telah dibahagiakan dan disetiap kumpulan terdapatkan ahli TPBP bagi meninjau sejauh mana tema "Yesus Lahir Dalam Hati Belia" dapat tercapai.

Semoga apa yang telah direncanakan itu dapat dilaksanakan dengan baiknya sebab kesemua ini adalah untuk kemuliaan Tuhan dan semoga beban berat yang kita pikul sepanjang perjalanan karoling ini merupakan sebahagian dari salib-salib kecil kita di dalam pelayanan untuk sesama demi kasih Yesus sendiri yang ingin kita lahirkan dalam hati sebagai Juruselamat kita. Amin

Doa untuk Belia
Allah Bapa, sumber kekudusan kami,
kami bersyukur kepadaMu atas cinta kasihMu,
Putera-Mu telah menjadi manusia untuk menyelamatkan kami.
Kedatangan-Mu telah membawa sinar dalam kegelapan hati kami.

Kami mohon ya Bapa, bantu pada belia di Paroki kami
melawan anasir-anasir yang menyesatkan.

Bantulah kami menentang habuan media massa
yang menutupi mata hati kami,
bahawa sememangnya kami dicipta serupa gambar-Mu.

Bantulah kami mengasihi, menghargai dan menjaga kesucian diri serta hati kami.

Kami mohon Roh Kudus-Mu membimbing kami
dalam perjalanan hidup kami setiap hari,
agar berani menghadapi segala cabara dengan baik
dan bersaksi untuk kemuliaan-Mu

Kami mohon semua ini dalam Putera-Mu Yesus Kristus
yang kami mahu lahirkan dalam hati sebagai Juruselamat kami.
Amin