Wednesday, April 8, 2009

Freedom Camp 2009

Untuk pengetahuan belia yang ada diluar sana yang berminat untuk mengikuti Freedom Camp 2009 bertemakan One Body In Christ, Lifeline College Students & Young Adults Ministry akan menganjurkan sekali lagi Freedom Camp tahun ini yang diadakan di Pace Bene, Purak, Papar pada 17hb-19hb April 2009.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" (waduh2 kata-kata pujangan dulu2 kunun) tapi perkara utama yang ingin dikatakan adalah mengenai kepentingan kesatuan di dalam kehidupan kita ketika ini. Sekali lagi Freedom Camp yang dianjurkan setiap tahun ini mengambil tema yang bersesuai iaitu "Satu Tubuh didalam Kristus" yang dipetik dari 1 Kor 12:27. Kita percaya pada tahun ini semuanya berkaitan dengan kesatuan; dengan Tuhan, dengan gereja dan juga dikalangan diri kita sendiri. Marilah kita semua mengambil keputusan untuk mengikut pelawaan Kristus pada hari ini menjadi sesuatu yang unik sebahagian dari TubuhNya!"

Apa bah tu Freedom Camp?

E ~ Excitement! melalui ice breakers dan permainan, serta mengenali ramai rakan baru
E ~ Experiencing Jesus melalui sesi pujian dan penyembahan, Bible sharing dan macam2 ada
R ~ Rescue..... menyerahkan setiap dosa dalam diri kita kepada salib Yesus.
F ~ FREEDOM!

Penceramah;
Jude Antoine berusia 42 tahun merupakan pengasas kepada Kerygma Ministry (Lay Catholic Ministry), telah menginjil ke 21 buah negara selama 12 tahun.

Bagi mereka yang memerlukan kenderaan (disekitar Kota Kinabalu saja, kalau dari Labuan, naik speed boat lah pastu naik bas atau kereta sapu....)
Ok bagi mereka yang memerlukan kenderaan ke Pace Bene, bas akan bertolak tepat pada jam 5.30 petang (ikut jam tangan c driver) dari Sacred Heart Church 17hb April 2009, jadi korang kena berkumpul di depan Dewan SHC pada jam 5.00 petang. Manakala pada 19hb April 2009 (Ahad) bas akan bertolak dari Pace Bene pada jam 4.00 petang. Jadi kalau yang lambat tu, pandai2 lah balik sendiri kio....

Dan satu lagi, korang yang mau join kena bawa alat tulis sendiri bersama Alkitab. Anda juga disarankan membawa botol air sendiri, ya lah mana tau kehausan sebab telampau FREEDOM kan... buli juga minum2 tu mineral water kan....

Bagi belia yang berminat untuk menyertai Freedom Camp 2009 ini, bolehlah berhubung terus dengan TPBP masing-masing atau c Chris di talian 0168493434, c Jocelyn di no hp 0198124279 dan last sekali c Jimmy ditalian Maxis 0128031991....


Bah kita jumpa disana kio