Friday, July 17, 2009

Jualan Sarapan Pagi

Pada 28 Jun 2009 yang lalu, Tim Pelayanan Belia Paroki telah menganjurkan Breakfast Sales untuk mencari sedikit dana bagi penganjuran Seminar Siapakah Aku?...

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana mempunyai umat yang begitu prihatin dalam setiap penganjuran yang dilakukan di Gereja Sakramen Mahakudus Labuan. Dalam masa tidak sampai 2jam waktu jualan, semua sarapan pagi telah habis dibeli oleh umat Katolik pada misa pertama dan kedua.

Syukur dan terima kasih juga kepada beberapa kelompok dalam gereja ini yang turut menyumbang pelbagai jenis makanan.

Kami dari TPBP Labuan amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada semua umat Katolik di Labuan atas bantuan dan sokongan moral bagi menjayakan Seminar yang akan kami adakan bermula pada hari ini.

Untuk makluman, pendaftaran telah ditutup pada 11 Julai 2009 lalu tetapi bagi mereka yang masih ingin mengikuti dan terlewat dalam pendaftaran, anda masih boleh berkunjung terus ke meja pendaftaran kami yang di selia oleh Josephine dan Judy, jangan lupa bawa wang pendaftaran sebanyak RM15.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar sewaktu jualan sarapan pagi pada 28.06.2009.....








Wednesday, July 1, 2009

Pertukaran email

Untuk makluman....

Kami baru sahaja menukar email kami daripada
labuanyouthbsc@yahoo.com kepada youthbsclabuan@yahoo.com

Sebarang pertanyaan mengenai blog ini boleh dikemukakan terus kepada kami melalui email yang baru.

Email ini digunapakai bermula pada hari ini 01.07.2009

Spiritual Preparation WHO AM I seminar

In preparation for the seminar WHO AM I, Sr. Julie has prepared for us spiritually each Saturday after Sunset mass till 11 July 2009. This album was taken on 27 June 2009

Tuesday, June 30, 2009

Seminar
SIAPAKAH AKU?


Tarikh: 17-19 Julai 2009
Tempat: Gereja Blessed Sacrament Labuan



Objektif Seminar;

1. Menyedari dan Mengenali diri sendiri.
2. Mengharungi Realiti Kehidupan Belia.
3. Berjalan Bersama Yesus dalam Kehidupan Kita


Sesi Seminar;

1. Penerimaan Diri Sendiri.
2. Pegangan Kehidupan Aku.
3. Masa Silam Adalah Sebahagian Kehidupan Aku.
4. Perasaan Aku Sebahagian Daripada Perjalanan Kehidupanku


p/s Bagi rakan belia yang telah mengambil borang penyertaan, anda boleh menghantar borang berkenaan beserta yuran pendaftaran terus kepada ahli TPBP yang bertugas setiap minggu dihadapan pintu masuk gereja selesai misa (sunset mass, sunday mass)
FRANCISCAN SISTERS OF THE IMMACULATE CONCEPTION (FSIC)


FINALLY PROFESSED = 103
TEMPORALLY PROFESSED = 7
NOVICES = 6
POSTULANTS = 3

TOTAL = 119

masih kurang lagi ni, malah inda cukup, jadi kepada belia yang merasa dirinya terpanggil dapat merenungkan serta memberanikan diri mereka agar menyahut panggilan Tuhan menjadi pekerja di ladangNya.

Firman Tuhan datang kepadaku, bunyinya:
“Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.” (Yer 1:4-5)

p/s Kongregasi Tempatan “The Franciscan Sisters of the Immaculate Conception” (FSIC) merayakan ulang tahun kewujudannya di Sabah pada 16 Jun setiap tahun. Selamat ulang tahun FSIC ke-73 khas buat sisto sisto yang pernah dan sedang melayani umat sini Labuan.

Thursday, May 21, 2009

SEMINAR WHO AM I


Who am I?
That the Lord of all the earth,
Would care to know my name,
Would care to feel my hurt.

Who am I?
That the bright and morning star,
Would choose to light the way,
For my ever wondering heart.

Not because of who I am.
But because of what you've done.
Not because of what I've done.
But because of who you are.

I am a flower quickly fading,
Here today and gone tomorrow.
A wave tossed in the ocean,
A vapor in the wind.
Still you hear me when I'm calling,
Lord you catch me when I'm falling,
And you told me who I am.
I am yours. I am yours.

Who am I?
That the eyes that see my sin
Would look on me with love
And watch me rise again

Who am I?
That the voice that calm the sea,
Would call out through the rain,
And calm the storm in me.

Whom shall I fear?
Because I am yours.
I am yours.



Tim Pelayanan Belia Paroki Labuan akan mengadakan Seminar Who Am I? yang akan diadakan pada 17-19 Julai 2009. Belia di sekitar Labuan yang berusia 17 tahun ke atas dan belia yang berkerja dialu-alukan untuk mengikuti seminar yang akan dibawakan oleh seorang penceramah yang tidak asing bagi kebanyakan kita.

Sebelum ini beliau telah menetap di beberapa buah negara termasuk New Zealand dan Jerman dan aktif mengikuti ICPE Mission di Malta sejak 1989. Kini beliau bersama isteri, Beatrice begitu aktif sekembali ke tanah air dan berkhidmat kepada pejabat Archdiocese Sabah. Beliau yang dimaksudkan adalah Derek Chong.

Pelbagai aktiviti yang disusun untuk mengetengahkan tajuk seminar kali ini kepada peserta terutama mengenai siapa diri kita.

Yuran pendaftaran hanya pada RM 15.00 / peserta. Kaunter pendaftaran akan dibuka setiap mingu selepas misa dari 23hb Mei sehingga 11hb Julai 2009. Borang boleh didapati dari kaunter atau TPBP.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi TPBP berkenaan
Eddy 0128282080, Esmone 0198612279, Jimmy 0138775308, Josephine 0135526621 dan Ronnie 0146774968.

Sunday, May 10, 2009

Breakfast Sales with Youth & SFO


Shalom everyone!

Recently, the Labuan Youth Team had joined their efforts together with Secular Franciscan Order (SFO) for a breakfast sales on April 26, 2009 (Sunday) in aid of our Multi Purpose Hall fund raising.

We grouped together early that morning and prepare our tasks in juice selling (Tropica Mixed Fruit Juice)

Here are the photos for your viewing.





Thursday, April 30, 2009

Formasi Berjalan Bersama Ke-3

Salam Damai dari TPBP Labuan,

Pada 1-3 May nanti, Tim Pelayanan Belia Paroki Labuan akan menghantar 9 peserta untuk mengikuti Formasi Berjalan Bersama ke-3 (FBB-3) yang akan diadakan di Pace Bene, FSIC Centre, Papar bertemakan “Ministering to the Youth - Reliving The Emmaus Story”.

Objektif yang ingin dicapai oleh TPBP kali ini ada

1. Untuk membantu para peserta memasuki ruang “spiritual”

2. Untuk memahami, mendalami dan mengukuhkan dasar pelayanan

3. Untuk menyakinkan para peserta dalam pelayanan sebagai TPBP


Pelbagai beberapa sesi yang telah diatur untuk menjayakan FBB3 antaranya;

1) Awareness of one’s current situation
2)
Unfolding of the Christian Message, God’s Plan
3)
Man’s Response
4)
God’s Transforming Action (through Youth Ministry

Selain itu, Doa Pagi, Petang dan Malam juga diadakan termasuk Adorasi.

Bagi, rakan2 belia yang tidak dapat mengikuti FBB kali ini, doakan kami Tim Pelayanan Belia Paroki untuk terus bersatu dan berjalan atas nama Tuhan Yesus bagi kejayaan objektif yang telah diberikan.

SHALLOM.