Friday, July 17, 2009

Jualan Sarapan Pagi

Pada 28 Jun 2009 yang lalu, Tim Pelayanan Belia Paroki telah menganjurkan Breakfast Sales untuk mencari sedikit dana bagi penganjuran Seminar Siapakah Aku?...

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana mempunyai umat yang begitu prihatin dalam setiap penganjuran yang dilakukan di Gereja Sakramen Mahakudus Labuan. Dalam masa tidak sampai 2jam waktu jualan, semua sarapan pagi telah habis dibeli oleh umat Katolik pada misa pertama dan kedua.

Syukur dan terima kasih juga kepada beberapa kelompok dalam gereja ini yang turut menyumbang pelbagai jenis makanan.

Kami dari TPBP Labuan amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada semua umat Katolik di Labuan atas bantuan dan sokongan moral bagi menjayakan Seminar yang akan kami adakan bermula pada hari ini.

Untuk makluman, pendaftaran telah ditutup pada 11 Julai 2009 lalu tetapi bagi mereka yang masih ingin mengikuti dan terlewat dalam pendaftaran, anda masih boleh berkunjung terus ke meja pendaftaran kami yang di selia oleh Josephine dan Judy, jangan lupa bawa wang pendaftaran sebanyak RM15.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar sewaktu jualan sarapan pagi pada 28.06.2009.....