Monday, September 28, 2009

Sorry....

Maaf kepada pengunjung Laman Blog Belia Labuan kerana terlalu lama tidak mengemaskini isi kandungannya...

Untuk beberapa bulan sejak Julai lalu (last post) saya akan cuba sedaya upaya mengupdate aktiviti yang telah kami lakukan sehingga pada bulan Oktober ini.

Pada 17-19 Julai 2009 Lalu, TPBP Labuan telah selesai dengan jayanya mengajurkan Seminar Who Am I? yang di buat di Gereja ini sendiri dan Darek Chong sebagai Speaker yang diundang khas dari Sabah. Namun sebelum itu, kami telah membuat pelbagai promosi untuk Seminar ini termasuklah membuat banner (sama seperti poster ini), membuat pengumuman ketika selesai misa kudus, menyediakan booth dihadapan pintu masuk gereja dan pelbagai lagi termasuklah pergi ke kelas2 ketika Sunday School.






The publicity team for WHO
AM I seminar did a 10 minute publicity to the Matriculation/UMS and local youths after 2nd mass on 14 June 2009.


Antara peserta yang hadir mengikuti Seminar Siapakah Aku?



Untuk melihat atau menatap gambar sewaktu seminar ini, anda bolehlah melawati laman Belia Paroki Labuan yang terdapat di Face Book. Klik sahaja disini


Selain itu, salah seorang rakan belia TPBP Labuan baru2 ini iaitu pada 25 Ogos 2009 lalu, melafazkan ikrar menjadi salah seorang ahli Fraternity dalam Secular Franciscan Oder (SFO), dan sebagai menyokong beliau menjadikan firman Tuhan sebahagian kehidupannya, kami TPBP turut berkongsi kegembiraan tersebut dan pada malam itu, kami join koir khas untuk diorang.... Tahniah.


Tidak ketinggalan untuk memberitahu yang kami TPBP Labuan akan mengikuti Formasi Berjalan Bersama Yesus III di tempat yang sama iaitu Pace Bane pada Oktober ini, doakan kami semua untuk mendapat keberkatan dalam pelayanan sesama..... dan tidak lupa juga, Belia Labuan mengadakan Bible Sharing (7 Steps) setiap hujung bulan dan setiap umut terutama belia di sekitar Labuan dijemput hadir.