Shalom dan salam damai kepada semua, terima kasih dan Puji Tuhan kerana memberikan saya hari yang indah ini untuk mengongsikan apa yang telah Dia berikan kepada saya semasa Seminar Formasi Belia di Pace Bene, Purak..
Oleh kerana ini adalah pertama kalinya saya mengikut seminar sebegini saya hanya berdoa agar Tuhan membuka hati saya untuk menerima sahutannya atas bimbingan Roh Kudus.
Dalam bacaan Mathius 20 : 29-34 yang menceritakan kisah dua orang buta yang dimarahi oleh orang ramai kerana menyeru Yesus membuka mata mereka. Saya sebagai manusia biasa juga seperti orang buta dan orang ramai ini kerana saya buta dari segi kerohanian dan keperibadian dimana saya hanya melihat dan mendengar apa yang ingin saya lihat dan dengar. Untuk menjalankan peranan saya dalam team belia saya harus mencontohi Yesus dalam responnya terhadap sesuatu keadaan dimana saya perlu membuka mata dan melihat sekeliling saya untuk membantu mereka yang memerlukan bimbingan saya.
“Sentuh Hatiku” lagu yang amat menyentuh diri saya kerana saya juga menyeru Yesus untuk mengubah hidup saya menjadi baru and ajarilah saya untuk mengerti sebuah kasih yang selalu memberi. Seperti juga dalam bacaan Markus 10: 45 “For the Son of man came NOT to be served BUT to serve” yang menyedarkan saya bahawa saya tidak patut mengharapkan pemberian orang tetapi membuka luas hati saya untuk memberi kepada orang lain.
Semasa persiapan rohani yang dilakukan oleh Sister Julie pada 14 Oct, perkataan “CAHAYA” telah datang kepada saya dan perkataan ini tidak lenyap begitu sahaja. Semasa saudara Dom Lim menunjukkan definasi pelayanan belia, salah satu definisinya adalah “Proses perjalanan seluruh komuniti kristiani bersama dengan kaum muda, menjadi Yesus kepada setiap kaum muda, mencontohi Yesus dalam perjalanan mereka bersama dua orang murid dalam perjalanan mereka ke Emaus dan kembali ke Yerusalem” Ini bermaksud kita team belia adalah Cahaya Yesus yang memancarkan laluan dan membimbinng kaum muda untuk berjalan dalam kehidupan and cahaya Kristus.
Akhir sekali, Yesus telah memberi keberanian kepada saya untuk menyahut panggilannya untuk berjalan bersama-sama dengan team belia dan juga para belia muda yang lain dalam jalan Kristus kerana Yesus berkata “Do not be afraid for I am with you” dan “For surely I know the plans I have for your, says the Lord, plans for your welfare and not for harm, to give you a future with hope”. Yeremiah 29: 11
Puji Tuhan!
Sekian Terima Kasih.
Sharing By :
Michelle Lim